知末
知末
创作上传
VIP
收藏下载
登录 | 注册有礼

小型开放式概念度假屋设计丨FIDeC Builder

2022/07/19 00:00:00
查看完整案例
微信扫一扫
收藏
下载
Rekabentuk Rumah Kecil Contoh Sebagai Rumah Rehat Berkonsep Pelan Terbuka
Rekabentuk Rumah Kecil Contoh Sebagai Rumah Rehat Berkonsep Pelan Terbuka
小型开放式概念度假屋设计丨FIDeC Builder-2
Seorang pemilik ingin memiliki sebuah rumah kecil/rumah rehat untuk diduduki oleh 2 orang. Namun dengan keluasan 12 m x 4.6 m, ia mungkin boleh memuatkan 3 – 4 individu dalam satu masa. Ini konsep pelan terbuka yang direkabentuk oleh FIDeC Builder mengikut permintaan pemilik. Layout/susun aturnya amat ringkas, hanya 1 ruang yang luas dibahagikan kepada ruang tidur, ruang tamu dan dapur yang dilengkapi kabinet dan bar makan. Hanya bilik air yang dipisahkan menjadi 1 bilik.
Masih lagi dalam proses rekabentuk, ia bergantung kepada bajet dan kesediaan pemilik untuk memulakan pembinaan dengan anggaran kos RM 90,000 – RM 100,000.
Rekabentuk Rumah Rehat Kecil Berkonsepkan Pelan Terbuka
Hanya menggunakan bahan binaan ringkas iaitu tiang dan palang konkrit, dinding batu-bata biasa dan berkemungkinan ‘groove lining’ sebagai efek susunan papan kayu. Bahagian bumbung pula hanya menggunakan deck logam beserta insulasi kedap haba dan bunyi.
小型开放式概念度假屋设计丨FIDeC Builder-7
Pemilik juga menginginkan satu ruang teres/deck di luar rumah bagi tujuan beristirehat dan bersantai di waktu petang, berkemungkinan akan dibina bersama kolam mandi kecil. Tiangnya akan menggunakan ‘Square Hollow Sections’ (SHS) bersaiz 150 mm x 150 mm.
小型开放式概念度假屋设计丨FIDeC Builder-9
小型开放式概念度假屋设计丨FIDeC Builder-10
小型开放式概念度假屋设计丨FIDeC Builder-11
小型开放式概念度假屋设计丨FIDeC Builder-12
Terdapat sedikit efek kemasan bata merah menggunakan veneer/suzuka.
小型开放式概念度假屋设计丨FIDeC Builder-14
Konsep begini juga sesuai dijadikan sebagai chalet/resort bagi mereka yang merancang untuk membangunkan tanah yang luas. Semoga menjadi inspirasi buat anda yang sedang mencari design atau rekabentuk rumah kecil yang comel untuk dijadikan sumber rujukan.
Kredit: Faizhadi Is Paidie
南京喵熊网络科技有限公司 苏ICP备18050492号-4知末 © 2018—2020 . All photos and trademark graphics are copyrighted by their owners.增值电信业务经营许可证(ICP)苏B2-20201444苏公网安备 32011302321234号
客服
消息
收藏
下载
最近