知末
知末
创作上传
VIP
收藏下载
登录 | 注册有礼

丨马来西亚吉隆坡

2016/07/29 00:00:00
查看完整案例
微信扫一扫
收藏
下载
RR Destinasi: Syurga Persinggahan Di Selat Melaka
丨马来西亚吉隆坡-1
丨马来西亚吉隆坡-2
RR Destinasi: Syurga Persinggahan Di Selat Melaka
Terletak 90 minit di Selatan Ibu Negara, Sepang adalah destinasi sesuai melarikan diri dari kesibukan bandaraya Kuala Lumpur. Landskap ladang, paya bakau, tanah lembap yang subur, dan juga kampung-kampung nelayan mencuri hati.
丨马来西亚吉隆坡-5
Merangkumi sepanjang 22 kilometer dari pantai Sepang, AVANI Sepang Goldcoast Resort menyediakan 315 bilik tetamu yang direka berkonsep
Polynesian contemporary,
berbentuk palma. Salah satu pilihan bilik ditawarkan adalah
Superior Room
, sebuah bilik luas dan selesa dengan ruang balkoni dilengkapi meja dan dua kerusi mengundang tetamu untuk bersantai di luar teres ini.
丨马来西亚吉隆坡-11
Jika bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan, tetamu boleh membuat pilihan sama ada
Family Villa, Two Bedroom Villa dan Three Bedroom Vila. Family Villa
direka untuk keselesan percutian keluarga dengan dua bilik tidur villa serta pemandangan ke arah laut. Menariknya dari ruang balkoni penginap dapat menikmati matahari terbenam sebagai kenangan terindah bercuti di sini.
丨马来西亚吉隆坡-15
Selain
Family villa
, satu lagi pilihan penginapan untuk percutian berkumpulan adalah
Two Bedroom Villa
. Dua bilik tidur ini boleh memasukkan lima orang tetamu. Keselesaan tetamu yang bertandang di AVANI Resort ini amat dijaga dengan baik bagi kepuasaan dalam penginapan yang ditawarkan.
丨马来西亚吉隆坡-21
丨马来西亚吉隆坡-22
Sementara itu,
Three Bedroom Villa
berada di hujung
water palm fronds
,
menginap di sini terasa bagaikan memenuhi segala keinginan. Berjalan ke arah dek dan berjemur di atas loungers sambil
melihat panorama matahari terbenam.
丨马来西亚吉隆坡-30
AVANI Sepang Goldcoast Resort mempunyai lima restoran pilihan menjamu selera termasuk kafe minimalis Sepoi-Sepoi, tempat hebat untuk bersantai dan menikmati cita rasa tempatan autentik. Berehat di kafe gaya cabana dengan reka bentuk inspirasi alami di bawah rekaan bumbung jerami juga
shell candelier
berayun disapa angin laut. Singgah untuk minum kopi, atau makan tengah hari, snek petang dan makan malam.
Menu Malaysia-Chinese menawarkan pelbagai santapan tradisional dan hidangan ringkas serta lazat.
丨马来西亚吉隆坡-35
Manakala, Restoran Bila-Bila terletak di tepi kolam dan
Club House
. Boleh memilih untuk bersantai menikmati angin laut di dek luar, atau keselesaan berhawa dingin di bahagian dalam.
A la carte
atau makan secara buffet
dengan cita rasa tempatan dan kegemaran antarabangsa.
丨马来西亚吉隆坡-42
Jika mahu hidangan tradisi cina, cuba dim sum basket atau menu istimewa iaitu masakan Kantonis dan Sichuan yang ditawarkan di restoran
Hai Sang Lou. Setiap hidangan dibuat dari bahan-bahan segar terbaik.
Sementara itu, restoran Perahu menawarkan pengalaman menikmati hidangan barbeku gaya Melayu dengan perapan tradisional tempatan yang hebat, makanan laut dipanggang dibalut dengan daun pisang mampu menarik perhatian pelacong luar negara yang menginap di sini. Dalam keasyikan menikmati hidangan makan malam sambal melihat matahari terbenam melalaikan penginap untuk berada di sini lebih lama. Malam masih muda untuk pulang ke bilik, pengujung dihiburkan dengan
live band
dengan persembahan yang pastinya menghiburkan.
AVANI Sepang Goldcoast juga menawarkan pakej ruang ideal untuk pertemuan dan kongres perniagaan, serta acara sosial dan perkahwinan. Lapan bilik mesyuarat menawarkan susun atur ruang duduk flesibel,
The Palm Ballroom
boleh menyambut 600 tetamu, manakala
The Grand Ballroom
pula boleh menjadi tuan rumah kepada 1400 tetamu.
AVANI Sepang Goldcoast Resort adalah destinasi percutian yang memiliki daya tarikan unik dalam suasana menakjubkan.
南京喵熊网络科技有限公司 苏ICP备18050492号-4知末 © 2018—2020 . All photos and trademark graphics are copyrighted by their owners.增值电信业务经营许可证(ICP)苏B2-20201444苏公网安备 32011302321234号
客服
消息
收藏
下载
最近